PELANCARAN i-Think SKPM 2014..

PRA & PASCA PELANCARAN


Pelancaran Program i-Think peringkat sekolah ( 3 November 2014)




Lirik Lagu i-think 

Kami budak sekolah
Dok mencari ilmu 
Kami sayang guru
Yang banyak membantu
Walau susah senang 
Tak mengira waktu
Wahai guruku wiraku

Kami budak sekolah 
Yang masih belajar
Kami perlu tahu
Bahasa Sains Seni sifir 
Juga kena tahu
8 peta fikir...yang perlu kami mahir

Peta bulat peta buih juga peta biuh berganda
Jangan duduk saja mari kita buat kerja
8 peta fikir kita cari...cari
Baru dapat tiga...

Peta pokok peta alir peta dakap peta titi
Jangan dok mengharap 
Ilmunya datang sendiri
Peta pelbagai alir jangan kita pinggir
Nanti kita rugi

Ulang rangkap 2

Peta bulat peta buih peta pokok peta alir 
Peta dakap peta titi pe...ta..pelbagai alir
Jangan kita lupa pe...ta buih berganda kita belum kira2x

Ulang rangkap 1

Wahai guruku wiraku 3x

Lirik: Cikgu Azman 
Lagu :Cikgu Azman 
(Rentak Anak Kampung) 

Terima kasih kepada semua warga SKPM yang menjayakan pelancaran Program i-think terutamanya AJK i-think Puan Zalina dan jugan tidak dilupakan kepada Cikgu Azman yang mencipta lirik dan lagu i-think.Tahniah & Syabas. 




~SEDIKIT PERKONGSIAN~









SEMOGA PERKONGSIAN INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA GURU-GURU SEMUA...